Sunday, July 26, 2009

Understands

Posted by Mimie at 10:07 AM
Hidup ini terlalu complicated bila kita tidak memahami. Memahami apa erti kehidupan, erti cinta, erti persahabatan, erti benci, erti sedih dan sebagainya. Semuanya perlu difahami dengan sebaik mungkin supaya tidak tergelincir dari maksud yang sebenar.

Hidup aku juga pernah menjadi complicated bila aku tidak memahami semua erti-erti dalam hidupku. Walaupun aku telah mencuba, namun ia hanyalah cubaan yang tidak sepenuhnya. Dalam erti kata lain, aku tidak bersungguh-sungguh untuk memahami.

Kini, aku telah terfikir akan semuanya. Apa sepatutnya aku lakukan dahulu. Aku perlu mempunyai pemikiran yang rasional dan memahami.

Dahulu, aku mempunyai seorang sahabat yang rapat denganku. Dia perlukan aku di saat dia kesedihan. Dia cuba meluahkan segala-galanya padaku. Namun, aku tidak cuba memahami dan merasai apa yang dirasai. Aku gagal menjadi seorang sahabat untuknya. Jika aku ketepikan semua perasaanku pada ketika itu dan memahami dirinya, pasti kehidupan akan menjadi baik. Adakah aku perlu ketepikan perasaanku sendiri?
Ya, mungkin aku salah. Aku salah kerana menjadi naif dalam banyak perkara. Aku tidak memahami permainannya. Tapi, adakah aku dijadikan sebagai boneka permainannya?
Kalaulah aku memahami dirinya pada ketika itu..
Namun, semuanya sudah terlambat. Aku tidak dapat memutarkan waktu yang lalu untuk kembali. Aku dan dia tidak ditakdirkan untuk bersama. Biarlah ia menjadi sejarah dalam hidupku. Sekurang-kurangnya ia adalah satu pengalaman yan mematangkan aku.

Kini, aku juga sudah memahami semuanya tentang hidupku.
Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang menyayangi aku walaupun adakalanya ada pertelingkahan. Biasalah asam garam di dalam rumah tangga. Aku cuba berfikiran positif dan memahami mereka. Aku juga bersyukur kerana mempunyai abang-abang dan adik yang baik, penyayang, nakal, dan funny. Aku terhibur bila ada bersama mereka walau adakalanya aku juga menangis bila disakat mereka. Aku akan ketawa sendirian bila semuanya dikenang.

Semua kenangan di dalam hidupku merupakan pengalaman yang berharga bagiku. Semuanya akan aku jadikan iktibar dan tauladan. Aku akan lebih memahami semuanya..

0 comments on "Understands"

Post a Comment

0 comments:

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal