Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Posted by Mimie at 11:37 PM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah malam ini berakhirlah Ramadhan yang penuh keberkatan. Bermulalah syawal yang bakal memeriahkan kita dengan segala kegembiraan bagi merayakan hari kemenangan bagi kaum muslim. Alhamdulillah..

Tidak sabar rasanya ingin menyambut Syawal yang bakal tiba esok. Hmm hati ini sebenarnnya berbaur rasa yang tidak kena. Namun, segala kebaikan dipohon kepada ALLAH swt semoga dipelihara dari segala keburukan. InsyaALLAH..

Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga lebaran kali ini begitu bermakna dengan kegembiraan. Ampun dan maaf dipinta jika ada yang terguris di hati. Saya tujukan lagu di bawah kepada anda semua.. terimalah..

Saturday, August 27, 2011

Facial treatment

Posted by Mimie at 1:54 PM 0 comments
Assalamualaikum.. Well I just got back from doing facial treatment. Huu so hurt maaa.. huhu.. Abes muka jadi bengkak-bengkak dan kemerahan. Tak apalah demi untuk kecantikan. hehe.. Oh I'll go for second before go back to Shah Alam. =)

Miss my love. Can't wait to know a news from him. =)

Saturday, August 20, 2011

Just for you. I heart you!

Posted by Mimie at 10:28 PM 0 comments

I found you

Posted by Mimie at 12:45 PM 0 comments
Assalamualaikum. Hmm Alhamdulillah..syukur ke hadrat yang Esa dengan setiap kebahagian yang dikurniakan. Sudah lama agaknya saya tidak menceritakan sesuatu di sini. Rindu kian bertamu di hati. Cuma masa yang agak membataskan untuk saya meluangkan masa di sini.

Beberapa hari kebelakangan ini, saya punyai masalah dengan komputer riba milik saya. Jadi saya sukar untuk melayari internet seperti kebiasaan. Ok, kali ini saya punyai sesuatu yang sangat indah untuk diceritakan. Sesuatu anugerah milik Allah s.w.t yang tak pernah saya sangka akan berlaku secepat ini.

Hati saya sudah dimiliki. Milik siapakah hati ini? tetttttt.. Hehehe.. akan saya khabarkan kemudian. Biarlah menjadi rahsia dulu siapakah orangnya. Cukuplah saya katakan yang dia benar-benar jujur dan cintakan saya dan saya benar-benar sukakan dirinya kerana hatinya. (cewahh macam ayat artis dowh.. ngehehe)

Namun, semuanya masih lagi dalam memohon petunjuk Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t sentiasa memelihara perhubungan kami dan dijauhkan segala yang tidak diingini.

Dia seorang yang sangat-sangat menarik perhatian saya. Seorang yang benar-benar membuatkan saya rasa selamat bila disisinya. Ya Allah, jika dia benar untukku, Kau peliharakanlah hubungan kami, Ya Allah..

Tuesday, August 2, 2011

:::Salam Ramadhan:::

Posted by Mimie at 4:07 PM 0 comments
Salam 'alaik. Alhamdulillah syukur ke hadrat yang Esa, dengan limpah kurniaanNya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Ok, harini sudah pun masuk 2 Ramadhan. Diharapkan saya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat.

Subhanallah.. Kasih sayang Allah swt tidak ternilai bukan? Disediakan kita pelbagai jalan untuk kita mengumpul pahala untuk dibawa ke akhirat kelak. MashaALLLAH.. Sama-sama kita memuliakan lagi bulan Ramadhan ini dengan amal ibadat yea. =)

Hmm rutin saya macam biasalah.. bangun pagi, kemas rumah, siapkan juadah berbuka sekadar mampu. Saya tidak lah menyediakan menu yang besar-besar. Cuba masak nasi atau makanan sampingan-sampingan sahaja. Yang lain-lainnya akan disediakan oleh mama apabila dia pulang dari kerja nanti. Jadi, saya akan tolong apa yang patut di dapur sahaja.
Aktiviti di rumah kali ini agak mencabar kerana saya berpuasa. Keletihan tu, memang tak dapat nak lari lagi. Tapi semuanya tidak menjadi masalah. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar mengikut kemampuan. Saya hanya memohon pada ALLAH swt supaya dikuatkan iman dan kesabaran agar saya bisa menghadapi hari-hari saya ini. InsyaALLAH..

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal