Tuesday, September 13, 2011

New life

Posted by Mimie at 6:02 PM 0 comments
Salam 'alaik.. Hari ini merupakan hari ketiga saya di sini, Kampus Puncak Perdana untuk semester baru. Hati ini sebenarnya terasa berat dan masih rindu pada rumah halaman. Terasa masih kuat. Hari semalam terasa serba tak kena dan kekok untuk dihadapi. Mungkin disebabkan cuti semester yang begitu panjang telah mendidik diri saya untuk sentiasa berada di rumah.

Seingat saya, sejak saya masuk ke asrama pada tingkatan 4 dan sehinggalah sekarang, saya tidak pernah tinggal di rumah dengan lama (cuti panjang melebihi 2 bulan). Jadi bila cuti semester yang lepas, saya sudah terbiasa dan mula merasa kekok bila masuk ke semester baru untuk kembali tinggal di asrama dan berjauhan dengan keluarga. Rindu pada keluarga terutamanya Mama begitu menebal dihati. Ya ALLAH, kuatkanlah semangatku di sini. Aku memohon perlindungan dari-Mu, Ya ALLAH...

Saya berharap semester ini, semuanya berjalan dengan lancar dan dalam perlindungan Yang Esa. Sesunnguhnya segala yang terbaik adalah dariNya. InsyaALLAH..

Saturday, September 10, 2011

My says

Posted by Mimie at 1:07 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. Hello dan hai. Malam ini merupakan malam terakhir saya bermalam di rumah kediaman keluarga tercinta dan pada keesokan harinya saya akan bertolak ke Shah Alam. So, bermulalah sesi pengajian yang telah lama ditinggalkan gara-gara cuti semester yang terlalu penjang.

Hmm sebenarnya hati ini terasa berat untuk meninggalkan bumi Kelantan. Hati terasa sayu bila memikirkan tentang orang-orang yang tercinta yang bakal saya tinggalkan nanti. Hmm banyak kenangan yang tidak akan dapat saya lupakan. Gurau senda, amarah, rajuk semuanya adalah memori yang akan membuatkan saya rindu untuk sentiasa berada di sini walaupun bila mengalami kenangan yang disangka pahit itu, saya terasa ingin jauhkan diri dari mereka. Hahahaa.. semuanya akan menjadi kenangan yang terindah.

Teringat pula pada awal syawal yang lalu, ada beberapa orang kenalan saya telah pun selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah.. Tahniah kepada mereka. Jodoh mereka sudah tiba. Walaupun bagi saya usia mereka begitu muda untuk memikul tanggungjawab, namun semuanya sudah ditakdirkan untuk mereka jalani. Bak kata orang, sudah sampai seru. Hehehe..
Hmm bila sampai masa, saya pun akan mengikuti jejak mereka. Cuma mahu mencapai beberapa impian dan tanggungjawab terlebih dahulu. InsyaALLAH, bila sampai masanya jodoh saya dan Si Dia pasti akan bersatu. =)

Ok, mata saya sudah terlalu penat untuk melihat skrin laptop ini, so saya perlu berehat. Maklumlah esok saya perlu bangkit diawal pagi. Doakan saya selamat sampai ke destinasi esok yea. InsyaALLAH. .

Wednesday, September 7, 2011

Posted by Mimie at 9:53 PM 0 comments
Assalamualaikum.. Hmm benar kata seseorang, hari ini bagaikan terlalu mendung tanpa mentari yang sentiasa menghangati bumi. Ya, ibarat rasa hati ini yang sejak akhir-akhir ini begitu pilu dengan kisah hidup yang harus ditempuh walau perit.

Ya ALLAH.. begitu sukar untuk saya membongkarkan rahsia hati ini. tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata.. insyaALLAH bila sudah tenang, saya akan ceritakan di sini.

Apa pun saya doakan orang yang saya sayangi itu sentiasa selamat, sihat dan bahagia. InsyaALLAH..

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal