Wednesday, July 20, 2011

=)

Posted by Mimie at 2:44 PM
Salam 'alaik. Alhamdulillah dengan kenikmatan rezeki yang diberi oleh yang Esa. Semoga diri ini jauh dari sifat lalai, ajuk, takbur, sombong dan sebagainya. Semoga dikuatkan iman di hati untuk sentiasa bersyukur dan merendah diri. InsyaALLAH.

Ok, dalam sehari dua ni, masa saya agak terisi dengan kenalan-kenalan baru di laman sosial facebook. Mereka merupakan teman-teman saya semasa menjadi pelatih PLKN di Kem Teluk Rubiah dalam 4 tahun yang lalu. Ketika di sana, saya memang tidak sempat mengenali mereka dengan rapat. Mungkin aktiviti yang agak padat dan mungkin kerana sifat saya sendiri yang agak pemalu (Ahaha.. mungkin). Seronok berborak dengan mereka. Pelbagai jenaka diberi sehinggakan saya asyik tersenyum ketika berborak dikotak sembang (chatbox). Adakalanya mama dan umi sering kehairanan melihat saya asyik tersenyum sendiri di hadapan komputer riba. Ahaha..

Hmm hari ni sempat saya mengunjungi laman web Iluvislam.com dan ada satu artikel yang benar-benar menarik minat saya. Tajuknya ialah "Bila sudah tertulis, Dia tetap jodohku" (http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3138-bila-sudah-tertulis-kau-tetap-jodohku.html).
Nak tahu apa kandungannya? klik pada link di atas yea. hehe.

Ok, saya ingin kongsikan antara hadith yang terdapat dalam artikel tersebut, iaitu
"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Ar-Ruum: 21)

Oleh itu,
"(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."
(Surah An-Nuur:26)"

Subhanallah.. Allah s.w.t sentiasa menjanjikan kebahagiaan pada hamba-hambaNya yang sentiasa mencintai dan dekat denganNya. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti.

Ya ALLAH, kurniakanlah aku kecintaan yang mencintaiMu. Kecintaan yang mengingatkan aku kepadaMu dan kecintaan yang sentiasa membimbing aku ke jalanMu, Ya ALLAH. Amin Amin Ya Rabbil Alaminn.. InsyaALLAH.

mo0d: nak kawen...! =p

0 comments on "=)"

Post a Comment

0 comments:

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal