Thursday, April 21, 2011

Kata

Posted by Mimie at 3:04 PM
Assalamualaikum. Harini berasa begitu kurang bersemangat. Kurang senang dengan cerita-cerita di belakang yang seolah-olah membangkit masalah lalu. Besar kemungkinan ada mulut-mulut yang suka menjadikan diri mereka tak ubah seperti batu api. Entahlah. Saya sendiri tidak tahu-menahu niat dihati mereka. Adakah niat mereka untuk memperbetulkan keadaan, mengambil berat, atau memang sengaja melaga-lagakan orang dengan membangkitkan hal atau masalah orang lain. Masalah yang remeh dijadikan sebagai isu besar. Bagi saya itu adalah 'busy body'.

Kadang-kadang kita boleh menjadi pendengar yang baik. Tak kiralah dipihak yang benar atau salah. Jika diri tak mampu untuk membantu, janganlah pula ditambah dengan masalah. Cukuplah menjadi pendengar tanpa berkata apa-apa. Kerana kadang-kadang kata-kata itu akan mendatangkan musibah yang lebih besar. Nauzubillah minzalik. Jadi, benarlah kata pepatah, 'kerana mulut, badan binasa'.

Allah s.w.t ingin menguji saya lagi. Tapi saya rasa tidak kuat. Kenapa perasaan saya benar-benar lemah. Saya masih belum bisa menepis dugaan sebegini dengan mudah. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan. Tunjukkanlah aku jalan-Mu, Ya ALLAH. InsyaALLAH..

0 comments on "Kata"

Post a Comment

0 comments:

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal