Saturday, February 26, 2011

Cecite

Posted by Mimie at 11:22 AM
Assalamualaikum dan hello, hye!! Hmmhhhh (menarik nafas dalam2). Sudah beberapa hari saya tidak menulis di sini dengan membiarkan laman ini dengan habuk dan tiada kunjungan yang kerap (poyo!).

Ok, Alhamdulilah saya dalam keadaan yang sihat walafiat hari ini. Sejak kebelakangan ini ada beberapa isu-isu yang kurang senang berlaku dalam hidup. Namun, Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menghadapinya dengan tabah. Alhamdulillah.

Biasalah kehidupan as a degree student, banyak kerja yang perlu dibereskan dan memerlukan semangat berdikari yang kuat. Berbanding dengan diploma, semuanya disuap dan ditatih. InsyaALLAH saya bisa melakukan semuanya dengan baik.

Hmm beberapa hari lalu, saya sempat menonton siri drama Lagenda Budak Setan di rumah Cik Neng (mak sedara) dan tiba-tiba saya terfikir, macam ada kaitan dengan cerita saya pulak. ahaha. Ya.. kisah saya dengan si Dia. Kononnya saya memegang watak Kate! Hehe..

Oh tidakkk... saya harus melupakan si Dia. Biarpun kami masih berkawan seperti biasa, namun saya akui yang kami sudah tidak semesra dahulu setelah dia mengetahui hal itu. Mungkin faktor masing-masing sibuk atau sememangnya saya sudah mula kekok untuk berkawan seperti biasa. Terpulang. Saya percaya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Apa yang penting, saya mahu meneruskan hidup dengan bahagia dan masih mencari erti hidup dan sebuah kebahagian sebenar. Masih berusaha untuk memperbaiki diri. Semoga segalanya terpelihara oleh-Nya. InsyaALLAH.

0 comments on "Cecite"

Post a Comment

0 comments:

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal