Thursday, January 20, 2011

UMI

Posted by Mimie at 11:19 PM
Rindu..benar..hati ini terlalu rindu pada seorang insan yag bergelar seorang nenek padaku. Sayu dan sebak rasanya tatkala aku dan ahli keluarga yang lain menghantar nenek ke airport untuk pulang ke kelantan. Begitu berat hati ini melepaskannya pulang. Ya ALLAH, aku terlalu rindu pada umi. Peliharalah dirinya dari segala musibah dan panjangkanlah umurnya..

Umi adalah antara insan terpenting dalam hidupku. Dialah tempat aku bermanja dan meluahkan segala perasaan di hati. Dia telah menjaga aku sejak dari kecil ketika kedua ibubapa sibuk bekerja. dan sekarang adalah giliran aku untuk menjaganya. Tapi kini aku terpaksa berjauhan dengan umi kerana aku sedang menyambung pelajaran di Shah Alam.

Umi terpaksa pulang ke kampung kerana pada 25hb nanti, umi perlu menjalani rawatan himodilisis. Umi telah disahkan mengidap penyakit buah pinggang yang agak kritikal sejak beberapa bulan yang lalu. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan.. aku benar-benar risaukan umi.Peliharalah umi, Ya Allah.. panjangkanlah umurnya.

0 comments on "UMI"

Post a Comment

0 comments:

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal