Sunday, June 24, 2012

Syukur

Posted by Mimie at 3:18 PM
Assalamualaikum. Alhamdulillah.. saya sudah bisa sedikit untuk menarik nafas lega. Sesi kuliah sudah berakhir untuk semester ini.  Cuma tinggal lagi 2 assignment untuk dihantar dan final exam bakal ditempuh on this coming Wednesday. Doakan saya yea!  Aminn. =)
Kesibukan yang kadang-kadang membuatkan saya rasa sukar untuk saya tempuhi hidup. Ada kalanya hati rasa putus asa untuk teruskan perjuangan di sini. Namun syukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya, saya masih berjuang di sini. Alhamdulillah.
Harini, saya mendapat satu berita gembira dari seorang sahabat akrab saya since Sekolah Menengah. She is pregnant. Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki diberi. Hati saya sangat terharu dengan berita ini. Rasanya baru semalam kami bersama-sama menempuhi SPM bersama. Kini, kami berada di fasa yang baru. Fasa yang dewasa. Masing-masing punyai haluan sendiri. Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk rakan-rakan saya. Semoga mereka sentiasa berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat. InsyaALLAH, Aminn.

Namun, saya masih di sini. Jodoh saya belum tiba. Kadang-kadang terdetik hati untuk mengetahui rahsia ALLAH swt itu. Siapakah yang bakal saya taati kelak? =) Namun, saya masih lagi memperbaiki kekurangan diri. Walau hati ada memilih seseorang, namun mungkin dia bukan untuk saya. Saya hanya berdoa semoga ALLAH perkenan doa saya yang mahukan terbaik untuk hidup kelak.
Buat masa ini, saya tumpukan kepada pelajaran yang agak membataskan saya untuk 'mencari' milik hati. Walau hati ingin mencari sekalipun, biarlah dahulu. Allah maha mengetahui segalanya. =)

Kni, doa menjadi kekuatan saya. Segalanya yang saya inginkan dan hajati, saya akan meminta dari-Nya. Kerana hanya Dia lah yang maha Kaya. Yang bisa memberi apa sahaja yang kita mahukan dengan sesuai dengan kita. Jika tidak, pasti ia bukan untuk kita. =)

0 comments on "Syukur"

Post a Comment

0 comments:

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal