Saturday, August 20, 2011

I found you

Posted by Mimie at 12:45 PM
Assalamualaikum. Hmm Alhamdulillah..syukur ke hadrat yang Esa dengan setiap kebahagian yang dikurniakan. Sudah lama agaknya saya tidak menceritakan sesuatu di sini. Rindu kian bertamu di hati. Cuma masa yang agak membataskan untuk saya meluangkan masa di sini.

Beberapa hari kebelakangan ini, saya punyai masalah dengan komputer riba milik saya. Jadi saya sukar untuk melayari internet seperti kebiasaan. Ok, kali ini saya punyai sesuatu yang sangat indah untuk diceritakan. Sesuatu anugerah milik Allah s.w.t yang tak pernah saya sangka akan berlaku secepat ini.

Hati saya sudah dimiliki. Milik siapakah hati ini? tetttttt.. Hehehe.. akan saya khabarkan kemudian. Biarlah menjadi rahsia dulu siapakah orangnya. Cukuplah saya katakan yang dia benar-benar jujur dan cintakan saya dan saya benar-benar sukakan dirinya kerana hatinya. (cewahh macam ayat artis dowh.. ngehehe)

Namun, semuanya masih lagi dalam memohon petunjuk Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t sentiasa memelihara perhubungan kami dan dijauhkan segala yang tidak diingini.

Dia seorang yang sangat-sangat menarik perhatian saya. Seorang yang benar-benar membuatkan saya rasa selamat bila disisinya. Ya Allah, jika dia benar untukku, Kau peliharakanlah hubungan kami, Ya Allah..

0 comments on "I found you"

Post a Comment

0 comments:

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal