Saturday, May 21, 2011

hati

Posted by Mimie at 11:35 AM
Assalamualaikum. Now am at TUDM Subang at my aunt's place. Will be here until June. Huhuu. Kinda got nothing to do. Love to go out for shopping and movies but afraid of the acid splasher issues. Fwuhhh~

Hmm nak tengok Nur Kasih.. Kalaula saya ada kereta sendiri, memang dah lama saya keluar. Puaskan hati. Hehe.. Teringin untuk ke SACC Mall. Malas untuk menaiki train seperti kebiasaan. Harini Cikneng dan keluarga membawa saya ke Ikea di Kota Damansara. Bukan berniat untuk shopping. Sekadar untuk makan-makan dan menghabiskan masa di hujung minggu. =) Ok, jalan-jalan sekitar Ikea tiba-tiba memberi satu kejutan pada saya. Guess what? Ada sale!!! PDI, Seed, VINCII, etc. Beshnya!! Apa lagi.. shopping la. Sempat saya membeli sehelai baju untuk sepupu cilik saya, Eimanina dan abangnya, Eirfan. Juga sehelai baju untuk saya sudah memadai. Itupun dengan penuh kesabaran. Hehee. Tak sempat untuk meninjau kesemua outlet.

Ok, sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya luahkan di sini. Hmm isunya adalah "adakah saya seorang Heart Breaker?" Huhuu.. Agak antagonis bunyinya.
Maafkan saya jika saya telah membuat kalian tersalah erti dengan ketulusan persahabatan saya pada kalian. Niat saya hanya untuk bersahabat. Ya ALLAH, inilah sebabnya saya tidak suka bergaul dengan lelaki. Isu inilah yang saya takutkan. Ya, mungkin cara saya yang salah. Maafkan saya. Saya hanya menjadi diri sendiri. Saya tidak tahu apa benar mereka ada menaruh hati pada saya atau tidak. Cuma hati saya dapat merasakannya. Cara mereka bertindak agak luar biasa. Layanan mereka pada saya agak melebihi dari seorang kawan.
Ya ALLAH, jika benar, mereka sudah menaruh hati pada aku, maka kau berikanlah petunjuk-Mu supaya mereka tidak obses dengan perasaan mereka dan janganlah hati mereka disakiti. Berikanlah kekuatan pada hamba-hamba-Mu ini, Ya ALLAH.
Jadi, saya rasa ada beberapa perkara yang perlu saya perlahankan. Bukan cuba menjauhkan diri dari mereka. Cuma mengelakkan dari diri disalah ertikan lagi. Cukuplah saya katakan bahawa saya gembira bersahabat. Saya juga belum punyai hati unuk sesiapa. Mungkin tekaan saya adalah salah. Jadi, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, haruslah saya mengambil langkah.

Ehh paku dulang, paku serpih.. kan? Hohoho.. oke, saya juga sebenarnya ada menaruh hati pada seorang sahabat saya. Hahaa.. Entah. Allah ingin menguji saya. Saya terima. Alhamdulillah.. saya masih boleh mengawal diri ini. Alhamdulillah Ya ALLAH. Tak dapat dinafikan hati saya menyukai dirinya. Namun semuanya sekadar angan-angan. Saya tahu, mustahil untuk menjadi kenyataan. Masih banyak belum saya ketahui tentang dirinya. Jadi, perasaan saya padanya hanya sekadar perasaan suka. Belum teguh dan tegar. Mungkin juga sebab inilah saya tidak dapat membuka pintu hati saya unuk orang lain. InsyaALLAH, bila sudah tiba masanya pasti ALLAH akan temukan saya dengan jodoh saya yang telah ditakdirkan sejak azali. =)

0 comments on "hati"

Post a Comment

0 comments:

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal