Sunday, October 4, 2009

New breath

Posted by Mimie at 9:22 PM
Setelah beberapa hari menyepi, kini aku kembali untuk terus menulis tentang hari-hari aku. Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak perkara yang berlaku di dalam hidupku. Namun, segala yang baik, aku jadikan memori indah dan yang buruk, akan aku jadikan iktibar dan sesuatu yang mematangkan aku.

Sebelum terlupa, aku ingin menghadiahkan Al- Fatihah buat ibu teman karibku, Arfah yang telah kembali ke rahmatullah pada malam jumaat yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al Fatihah~
Aku masih teringat akan pertemuan bersama ibunya buat kali terakhir. Ketika aku ingin pulang dari rumahnya, aku bersalaman dan aku genggam tangannya erat-erat seperti berat mahu melepaskan tangannya. Tidak ku sangka, itu adalah genggaman terakhir kami. Aku sayangkan ibu Arfah seperti ibu aku sendiri. Arwah seorang yang sangat baik dan berhati mulia. Takziah buat Arfah dan keluarga.

Ketika ini, aku masih lagi berkecil hati dengan teman-teman di kampus. Namun, akan aku kuatkan semangat. Aku tidak akan berpatah semangat hanya kerana mereka. Chayok!
Pilihan aku untuk menjauhkan diri masih menjadi persoalan di hatiku samada ia pilihan yang baik atau tidak. Sesungguhnya aku memang suka bersendirian tatkala ada kesedihan di hati. Biar sunyi mengubati segalanya.. Aku harus kuat.

Tentang masa silam, aku juga berusaha melupakannya. Masih mencari penawar kelukaan di hati.

Kini, aku perlu bernafas semula. Semoga hari-hari yang indah menemani hidupku..

0 comments on "New breath"

Post a Comment

0 comments:

.::Some Stories Of Me::. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal