Kadang-kadang kita boleh menjadi pendengar yang baik. Tak kiralah dipihak yang benar atau salah. Jika diri tak mampu untuk membantu, janganlah pula ditambah dengan masalah. Cukuplah menjadi pendengar tanpa berkata apa-apa. Kerana kadang-kadang kata-kata itu akan mendatangkan musibah yang lebih besar. Nauzubillah minzalik. Jadi, benarlah kata pepatah, 'kerana mulut, badan binasa'.
Allah s.w.t ingin menguji saya lagi. Tapi saya rasa tidak kuat. Kenapa perasaan saya benar-benar lemah. Saya masih belum bisa menepis dugaan sebegini dengan mudah. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan. Tunjukkanlah aku jalan-Mu, Ya ALLAH.  InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment