Sebenarnya, saya baru sahaja menonton filem "Aku Masih Dara". Lakonan Ashraf Muslim. Ya ALLAH.. hati saya tersentuh dengan jalan ceritanya. Memang diawal cerita, saya hanya mampu beristighfar kerana mempunyai adegan-adegan yang tidak elok. Namun, jalan ceritanya benar-benar menarik. Ya ALLAH, ikhlas. Saya sukakan watak Firdaus yang dipegang oleh Ashraf Muslim dan Raja Farah sebagai Sofea. Hati saya benar-benar tersentuh dengan watak mereka berdua. Kenapa yea?
Ikhlas, saya sukakan lelaki seperti Firdaus. =)
Hati ini juga terasa sesuatu. Terasa masih jauh ketinggalan. Masih banyak yang saya rasakan kurang. Astaghfirullahalazim.. setakat ini sahajakah yang mampu saya lakukan untuk diri saya? Masih banyak.. masih banyak amalan-amalan yang tidak dikumpul. 
Ya ALLAH, dekatkanlah diri ini pada-Mu. Kau yang maha penyayang.. Aku benar-benar  bersyukur kerana Kau telah menjaga aku dan memberikan aku keimanan di dalam hati ini. Namun, hati ini terasa tidak puas, Ya ALLAH. Masih banyak yang belum aku tunaikan untuk menjadi insan yang layak disisi-Mu, Ya ALLAH. Peliharalah imanku, akhlakku, dan pergaulanku. Terangilah hatiku, Ya ALLAH. Amenn.
No comments:
Post a Comment